Monday, December 6, 2010

Satu Perkongsian: Isteri, Ummi & Srikandi

Prolog

Fragmen nostalgia itu masih kukuh benar terpasak dalam kota ingatnya. Bagaimana pada suatu subuh nan hening, pintu teratak usangnya diketuk keras. Dan sebaik dikuak, apa yang tertancap di bayangan mata lantas meragut himpunan kecekalan dan ketabahan hatinya yang rapuh. Sekujur tubuh seorang lelaki yang masih dibasahi darah merah dipangku oleh beberapa orang lelaki.
____________________________________

Azan Subuh masih belum berkumandang, namun Hajar sudah lama berteleku di hamparan sejadah lusuh itu. Menyerahkan kalungan pengharapan dan mengadu rindu yang bertamu kepada Rabb yang satu. Karangan doa dan alunan Al-Quran menjadi teman. Dengan tangis dan sedu, dia memohon sekalung kekuatan dari Tuhan-Nya untuk melewati hari-hari yang mendatang.

Laungan azan Subuh pada pagi itu, mengalun halus dan lembut. Polos memasuki gegendang telinganya dan sempat jua menjentik emosinya. Menganugerahkan rasa rindu untuk sekali lagi bertemu Rabbul Izzati. Hajar segera membangunkan anaknya, Abdullah yang masih nyenyak di daerah mimpi. Satu-satu cahaya mata dan buah hatinya. Setelah suaminya pergi dijemput Ilahi beberapa tahun lalu, tika dia sarat mengandungkan Abdullah. Suaminya pergi dalam pada usia perkahwinan mereka belum pun menjangkau setahun. Kenangan bangun solat malam saban hari bersama suami masih basah di danau pemikirannya. Ah, sungguh melankolik. Tanpa disedari, titisan jernih air mata mula mengalir perlahan.

Seolah masih terdengar janji yang terpateri ketika mereka mula-mula melangkah ke alam rumahtangga. Janji untuk bersama sehidup semati memperjuangkan kalimah Allah yang mulia. Janji untuk menundukkan kekufuran dan memastikan syiar Islam mekar kembali. Dan juga janji untuk bersama membentuk rumahtangga yang menjadi medan tarbiyah kepada generasi akan datang. Berbunga jiwanya mendengar kalimat itu. Menjadi permaisuri hidup seorang pejuang agama adalah impian yang menjelma menjadi kenyataan baginya. Dan ternyata suaminya terlebih dahulu menunaikan janji mereka setelah ditembak oleh askar kafir laknatullah ketika berjuang mempertahankan daerah mereka dari serangan tentera penceroboh.

“Ummi, saya dah siap untuk solat.” Nada perlahan suara itu mematikan lamunan Hajar. Terus mengumpul kembali kekuatan untuk menunaikan solat berjemaah dengan anak tunggalnya. Selesai solat, sedikit Quran dijadikan pembuka hari baru. Perlahan dan penuh hati-hati Abdullah mengalukan kalimah suci itu, sambil kadang-kadang Hajar mencelah membetulkan bacaannya yang agak pincang. Dan Abdullah akan mencebik manja, tanda tidak puas hati dengan kesilapan yang dilakukannya. Sekali-sekala bunyi tembakan dan bom menghiasi suasana. Kondisi yang sudah terlalu biasa bagi dua beranak itu. Biar sedikit menggerunkan hati, tali harap tetap digantung kemas ke pohon tawakal.

Selesai membaca Al-Quran dan sedikit juadah rohani, Hajar bingkas bangun menyediakan sarapan untuk anaknya. Sarapan yang seadanya, hanya kepingan roti semalam dan segelas air sejuk. Sambil itu Abdullah tekun menelaah buku-buku agama buat persiapan jiwanya yang masih muda itu. Kemudian Hajar akan sama-sama menyusun buku-buku pelajaran ke dalam beg Abdullah. Tidak ketinggalan, ketulan-ketulan batu yang padat diisi, buat senjata melawan musuh di pertengahan jalan. Dan tiap kali itu jugalah Hajar memanjat doa semoga anaknya selamat dalam perjalanan pergi dan kembali. Cukuplah, kezaliman yang bermaharajalela ini merampas gelaran isteri yang dipegangnya suatu ketika dulu, namun dia tak rela untuk menyerahkan gelaran seorang ummi, ibu kepada anak kecil berjiwa besar ini.

“Abdullah jaga diri elok-elok. Berhati-hatilah. Ingat, Abdullah anak pejuang dan harus meneruskan perjuangan abah”, pesan Hajar lembut.

“Baiklah, ummi, Jika tentera-tentera itu cuba menceroboh, akan saya hadiahkan mereka dengan batu-batu permata ini”, Abdullah tersenyum sambil mengisyaratkan batu-batu yang tersimpan rapi di dalam beg sekolahnya.


Hajar melepaskan anaknya dengan hati yang berat. Dengan harapan Abdullah akan kembali pada petang hari seperti hari-hari yang lalu. Itulah rutin harian mereka. Meniti hidup dalam daerah yang bergolak dengan peperangan dan ketidakstabilan ini bukanlah mudah. Apatah lagi tanpa suami disisi. Hajarlah ummi. Hajar jualah ayah. Dialah yang mencurahkan sepenuh kasih-sayang kepada anaknya. Dan dialah juga yang mencari nafkah semampu dirinya untuk menampung hidup mereka yang serba kekurangan. Terkadang Abdullah pulang dengan kesan luka dan tembakan yang parah. Hajar akan merawat luka sambil menenangkan anaknya. Kain tudungnya yang lusuh itulah dijadikan kain buat membalut luka Abdullah. Pernah juga, ketika keadaan meruncing, Abdullah tidak pulang ke rumah pada waktu petang seperti biasa. Maka Hajar akan keluar dan menempuh medan yang dipenuhi tembakan dan letupan untuk mencari Abdullah. Sebelum tidur pula, Hajar akan mendodoikan Abdullah dengan kisah-kisah perjuangan ayahnya bagi menyuntik semangat buat anaknya. Ketika teratak usang mereka rosak dek serpihan bom, Hajar sendiri yang mengerah tenaganya untuk membaiki teratak itu buat tempat berteduh mereka sekeluarga.

Janji kepada suaminya disemat kemas-kemas dan dilaksanakan dengan baik. Janji untuk membesarkan dan mendidik Abdullah dengan kefahaman Islam yang bersih dan suci. Mengajarkannya cara ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah. Menyuburkan semangat juang untuk meletakkan kembali Islam di tempatnya, menyanggah kekuasaan tentera penceroboh yang tidak sudah-sudah menindas dan membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa cekal dan tabahnya Hajar menghadapi bilah-bilah hari dalam kesulitan yang berlegar di ruang hidupnya. Mehnah yang menimpanya terlalu berat untuk dipikul bagi wanita biasa. Namun dia terus cekal demi sebuah perjuangan yang murni. Biarlah apa pun takdir yang menerjah ruang hidupnya, dia pasrah segalanya. Kebergantungannya hanya pada Yang Satu.

Dan petang itu pintu teratak buruknya kembali diketuk. Perlahan Hajar melangkah dan menguak daun pintu. Abdullah sudah pulang, tapi kepulangannya kali ini dengan diri yang sudah tidak bernyawa. Sayu Hajar memandang tubuh anaknya di pangkuan seorang lelaki. Tangan kecil anak itu masih menggengam batu, seolah tidak mahu melepaskan perjuangan meski bersenjatakan batu-batu di jalanan. Peristiwa lama terjadi lagi. Parut lama berdarah kembali. Hajar hanya mampu pasrah pada Ilahi.
_________________________________________

Epilog
Gelaran isteri telah lama dirampas. Gelaran ummi kini baru terlepas. Hajar nekad. Batu di tangan Abdullah kini beralih tangan. “Mungkin sudah sampai masanya aku bergelar serikandi!!”
_________________________________________

Nukilan ini adalah daripada seorang rakan untuk dikongsikan bersama. Moga di sana ada kebaikan.

Friday, October 29, 2010

Breast Milk: Best For Baby

Breastfed babies have lower rates of hospital admissions, ear infections, diarhea, allergies and other medical problems than bottle-fed babies.



Human milk contains just right the amount of fatty acids, lactose, water and amino acids for human digestion, brain development and growth.



A brestfed baby's digestive tract contains large amounts Lactobacillus bifidus, beneficial bacteria that prevent the growth of harmful organisma.



Human milk straight from the breast is always sterile, never contaminated by polluted water or dirty bottles, which can also lead to diarrhea in the infant.



Sucking at the breast promotes good jaw development as well. It's harder work to get milk out of a breast than a bottle, and the exercise strengthens the jaws and encourage the growth of straight, healthy teeth.



Nursing may have psychological benefits for the infant as well, creating an early emotional attachment between mother and child.

Sunday, October 10, 2010

Being A Mother

Being a mother
I need to wake up early
To prepare breakfast for my kids and hubby
So they will not hungry
Since their way to school and office is quite a long journey.

Being a mother
I need to be as fit as a fiddle
To care of all the people
My kids’ heart need to be tackle
So they will never be in trouble
In communicating, leading, managing all they will be able.

Being a mother
I always pray for my children
Hope my thought will be listened
For them to be a good person
For the sake of Allah which is the most concern.
Being a mother
In life’s ups and downs, good or bad
I’ll be always with my kids happy or sad
I’ll give all my blessing
For all my kids which are now growing.

Being a mother
All my prays for my children Allah will hear
I can give a hug when my kids are near
Even all such things are endless chores
But all should be always with love and something that I adore.

By Shaza Zam

Wanita Sebagai Pendidik Anak-Anak

Hafizh Ibrahim berkata dalam syairnya:

Seorang ibu adalah madrasah,
Apabila engkau mempersiapkannya,
Bererti telah menyiapkan generasi muda,
Yang baik dan gagah berani,
Seorang ibu adalah guru pertama dari semua guru pertama,
Yang pengaruhnya menyentuh jagat raya.

Sejarah telah mencatat dua lelaki dari kalangan kaum Umayyah. salah seorang dikenali akan kecerdasan, kebijaksanaan dan ketegasannya manakala seorang lagi dikenali dengan keadilan, kebaikan, kesalihan dan ketaqwaannya. Keduanya adalah hasil didikan wanita yang agung. Orang pertama ialah Abdul Malik bin Marwan, ibunya adalah Aisyah binti Mughirah bin Al-Ash bin Umayyah yang terkenal dengan keperibadiannya yang kuat dan keinginan yang kuat dan otaknya yang cerdas.

Dan seorang lagi ialah Umar bin Abdul Aziz. Ibunya adalah isteri kepada Ashim bin Umar bin Al-Khatab yang merupakan wanita termulia saat itu dan mempunyai sifat terpuji, keibuan, taat beribadah dan sangat bertakwa yang telah diambil oleh Saidina Umar sebagai menantu untuk puteranya setelah beliau melihat kejujuran dan keistimewaan pada dirinya pada saat di mana wanita itu telah menolak perintah ibunya mencampurkan susu degan air untuk dijual kerana dia yakin bahawa Allah melihatnya.

Dalam sejarah, ramai wanita yang telah berjaya mendidik dan menanamkan akhlak yang mulia dalam diri anak mereka sehingga terlahirlah generasi pemimpin Islam yang agung seperti Abdul Malik bin Marwan, Umar Abdul Aziz, Imam Syafie dan lain-lain lagi. Begitulah Islam telah meletakkan wanita sebagai madrasah tarbiyyah bagi anak-anak mereka bermula di awal perkahwinan lagi, semasa mengandung sehinggalah lahirnya anak mereka.

Friday, October 8, 2010

Influence Healthy Children's Brain Development Ages 1-5

Be warm and loving
Through warm and loving interactions, such as touching, smiling, singing and talking, your child will feel safe and secure with their caregivers. Touch is very important since it stimulates the brain to release growth hormones.

Be responsive to your child’s sounds, expressions and movements

Infants cannot use words to express themselves, therefore, they feel secure and loved when they are responded like comforting them when they cry, feeding them when hungry, etc.

Talk, read and sing to your child
Studies show babies whose mothers often spoke to them learned almost 300 more words by age 2 than babies whose mothers rarely spoke to them. By encouraging participation in older children, such as asking questions, pointing out pictures and predicting outcomes, children’s brains are even more stimulated and challenged.

Establish routines and rituals
Routines and rituals help children learn what to expect and how to understand the world around them. Children which have safe and predictable interactions and activities have been found to do better in school later on.

Encourage curiosity, safe exploration and play
Parents should encourage safe exploration and play, and be receptive when a child needs to return to them for security. Play is recognized as an important opportunity for children to learn and explore.