Tuesday, April 12, 2011

Membentuk Jati Diri Anak-anak Melalui Makanan

Daripada  Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Bukhari)

Manakala menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Maka ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan.

Berdasarkan hadis dan kata-kata Imam Ghazali ini, jelaslah bahawa anak-anak yang dikurniakan Allah kepada kita sebagai ibubapa merupakan amanah Allah yang perlu dipelihara, dijaga dan dididik sehingga menjadi insan yang bertaqwa yang bakal memimpin masa depan Islam suatu hari nanti.

Sebagai ibubapa yang mempunyai rasa ubudiah dan ketaqwaan yang tinggi pada Allah SWT seharusnya menerima amanah Allah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan penuh yakin berkata dalam hati bahawa anak-anak ini akan kami didik sebaiknya mengikut landasan Allah SWT, merekalah yang bakal mengembalikan kegemilangan Islam di atas muka bumi ini, menjadi khilafah memimpin umat yang bertaqwa.

Seorang pemimpin itu seharusnya mempunyai ketaqwaan dan jati diri yang tinggi, bijak, berjiwa besar, tidak mudah kalah dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Untuk melahirkan anak-anak seperti ini maka ibubapa perlu mendidik anak-anak ini dengan seimbang dalam semua aspek baik dari sudut mental, fizikal, spiritual dan emosi mereka. Di samping belaian kasih sayang, bimbingan dan sebagainya, aspek pemakanan turut memainkan peranan yang amat penting kerana pemakanan yang halal, baik dan seimbang akan melahirkan anak-anak yang sihat fizikalnya, sihat mentalnya, sihat emosinya dan juga spiritualnya. Oleh itu adalah menjadi kewajipan pada para ibu bapa untuk memberi makanan yang halal dan baik kepada semua ahli keluarga mereka.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah;

$ygƒr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# (#qè=ä. $£JÏB Îû ÇÚöF{$# Wx»n=ym $Y7ÍhsÛ Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÏNºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNä3s9 Arßtã îûüÎ7B ÇÊÏÑÈ

168. Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di muka bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Makanan yang halal boleh dikategorikan kepada halal dalam kaedah kita memperolehinya dan halal dari sudut isi kandungan dan penghasilannya. Allah telah berkali-kali menyeru dalam Al-Quran supaya kita memilih makanan daripada makanan yang halal dan baik-baik. Ini menunjukkan betapa pentingnya makanan yang halal dan baik yang akan menjadi darah daging orang memakannya jika kita mengimpikan syurga Allah pada suatu hari nanti. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-tarmizi yang bermaksud:

“Semua daging yang tumbuh dari harta yang haram, maka api neraka adalah lebih utama untuk diberi siksaan ke atasnya”

Sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan oleh Ibnu Abdilbarr;

“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”

Maka jelaslah pada kita bahawa mencari makanan yang halal dan baik itu untuk diberi makan kepada anak-anak dan seisi kelurag menjadi satu kewajipan ibubapa bagi melahirkan individu-individu yang akhirnya akan menuju ke syurga Allah.

Untuk melahirkan anak yang sihat dalam ertikata seimbang dalam semua aspek, ia bermula daripada pemilihan makanan yang diambil oleh ibu ketika hamil. Amalan pemakanan yang baik boleh menjamin kesihatan ibu dan janin yang dikandungnya dan memudahkan proses melahirkannya. Cara makan yang baik bukanlah bererti makan dengan lebih banyak, perkara yang penting adalah mutu makanan yang kita pilih dan bukannya kuantiti makanan yang dimakan. Tenaga tambahan yang diperlukan setiap hari adalah kira-kira 10-15% sahaja daripada tenaga biasa. Ini dapat diatasi dengan meminum dua cawan susu setiap hari.

Setelah anak dilahirkan maka menjadi kewajipan pula untuk para ibu menunaikan hak yang sepatutnya diperolehi oleh anaknya iaitu dengan menyusukan bayi itu sendiri atau wanita lain sekurang-kurangnya enam bulan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (ayat 233):

* ßNºt$Î!ºuqø9$#ur z`÷èÅÊöãƒ £`èdy»s9÷rr& Èû÷,s!öqym Èû÷ün=ÏB%x. ( ô`yJÏ9 yŠ#ur& br& ¨LÉêムsptã$|ʧ9$# 4 n?tãur ÏŠqä9öqpRùQ$# ¼ã&s! £`ßgè%øÍ £`åkèEuqó¡Ï.ur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ 4 Ÿw ß#¯=s3è? ë§øÿtR žwÎ) $ygyèóãr 4 Ÿw §!$ŸÒè? 8ot$Î!ºur $ydÏ$s!uqÎ/ Ÿwur ׊qä9öqtB ¼çm©9 ¾ÍnÏ$s!uqÎ/ 4 n?tãur Ï^Í#uqø9$# ã@÷VÏB y7Ï9ºsŒ 3 ÷bÎ*sù #yŠ#ur& »w$|ÁÏù `tã <Ú#ts? $uKåk÷]ÏiB 9ãr$t±s?ur Ÿxsù yy$oYã_ $yJÍköŽn=tã 3 ÷bÎ)ur öN?Šur& br& (#þqãèÅÊ÷ŽtIó¡n@ ö/ä.y»s9÷rr& Ÿxsù yy$uZã_ ö/ä3øn=tæ #sŒÎ) NçFôJ¯=y !$¨B Läêøs?#uä Å$rá÷èpRùQ$$Î/ 3 (#qà)¨?$#ur ©!$# (#þqßJn=ôã$#ur ¨br& ©!$# $oÿÏ3 tbqè=uK÷ès? ׎ÅÁt/ ÇËÌÌÈ  
233. dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Dengan menyusukan bayi bukan sekadar memberi kesihatan dan tenaga kepada anak-anak malah dapat mengeratkan kasih sayang di antara ibu dan bayi melalui proses sentuhan spiritual yang seterusnya mempengaruhi seluruh perwatakan anak tersebut pada masa akan datang. Anak-anak akan berasa selamat dan perasaan ini mampu menjamin pertumbuhan peribadi yang normal dan seimbang.

Apabila anak dalam proses membesar maka hak mereka adalah untuk mendapat makanan yang sihat dan berkhasiat untuk pertumbuhan mental dan fizikal mereka. Anak-anak perlu dibimbing dalam memilih makanan yang perlu dimakan ketika di sekolah dan lain-lain tempat di luar jangkauan ibubapa.

Rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan makan secara sihat di kalangan anak-anak dan ahli keluarga. Setiap ahli keluarga perlu saling bantu membantu dalam memberi kesedaran tentang kebaikan amalan makan secara sihat. Sikap ibu bapa terhadap pengambilan makanan adalah pengaruh yang penting dalam membentuk tabiat dan pilihan makanan anak-anak.

Setiap keluarga perlu berusaha untuk makan bersama dan waktu tersebut perlu dirancang dengan baik. Ini akan menggembirakan semua ahli keluarga dan membantu proses kematangan anak-anak dalam berinteraksi dan membangunkan emosi mereka yang lebih stabil.

Anak-anak perlu dididik untuk makan secara sederhana jenis-jenis makanan dari semua kumpulan makanan karbohidrat, protein, lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadikan makanan dari sumber bijiran sebagai sumber tenaga yang utama. Di samping itu, makan banyak makanan dari sumber kekacang, kerana kedua-dua makanan ini kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat mencegah penyakit sembelit dan kronik. Serat dapat membantu mencegah penyakit buasir dan penyakit usus serta dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetis dan beberapa jenis kanser. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula kaya dengan vitamin-vitamin A, vitamin C dan asid folik dan juga mineral seperti zat besi dan kalsium. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya dengan serat dan rendah kandungan lemak.

Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk menyerap vitamin-vitamin larut lemak. Ia juga melarutkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Walau bagaimanapun, lemak yang berlebihan dapat meningkatkan risiko penyakit jantung koronan,strok,obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan dan ini akan menyebabkan berat badan bertambah.    

Anak-anak perlu dilarang daripada memakan makanan yang tidak berkhasiat seperti snek, gula-gula, asam-asaman dan lain-lain yang lagi yang boleh menyebakan mereka enggan mengambil makanan yang lebih berkhasiat. Semua makanan ringan ini mengandungi perisa, pewarna dan bahan tambah yang boleh menjejaskan kesihatan anak-anak apabila mereka membesar. Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. Pilih resepi hidangan yang rendah kandungan garam dan gula dan lebihkan makanan segar. Kurangkan penggunaan gula ketika menyediakan minuman dan kuih muih. Ketika masak ,garam tidak perlu ditambah bagi masakan yang telah ditambah kicap atau sos. Untuk mengelakkan penambahan garam yang berlebihan dalam masakan, rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam.

Anak-anak juga perlu diberitahu untuk minum air dengan banyak iaitu 6-8 gelas sehari. Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan pengeluaran bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair yang hilang dari badan, terutamanya jika melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Amalan makan satu sudu madu sebelum tidur dan setengah jam sebelum sarapan merupakan satu amalan yang baik kerana di dalam madu mempunyai pelbagai vitamin dan bahan yang mampu menyihatkan tubuh badan. Sabda Nabi s.a.w:

"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebah akan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahan kimia, racun, menghancurkan lemak dan kolestrol, meredakan ketegangan saraf dan memperkayakan kandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kita tidur.

Amalan memakan buah kurma di awal pagi pula dapat membekalkan tenaga segera pada anak-anak setelah lapan mereka berpuasa. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarang jenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalam tubuh berada pada tahap yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan kandungan vitamin, glukosa semulajadi dan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserap oleh sistem tubuh secara maksima. Ini memberi kesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahap kesihatan anak-anak yang mengamalkannya. Selain daripada itu kurma boleh mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana kandungannya seperti zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Kurma juga merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan. Ia dapat membantu proses tumbesaran kanak-kanak dan membantu membentuk minda yang sihat.

Gaya atau amalan pemakanan seharian bermula daripada anak-anak bangun tidur hingga masuk tidur merupakan penentu utama tahap kesihatan mereka untuk hari-hari seterusnya. Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukan dengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolestrol, kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalam sistem dalaman tubuh adalah tinggi. Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebab berbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronik seperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, kegemukan dan lain-lain. Maka para ibubapa perlu perihatin terhadap makanan anak-anak mereka untuk melahirkan anak-anak yang sihat yang membesar dengan baik seterusnya berupaya memimpin masyarakat pada masa hadapan.

Pn Shazamawati  Binti Zam Hashari
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Daerah Hulu Langat