Thursday, November 22, 2012

Kepentingan Puasa Untuk Kesihatan


Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:

$ygƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãP$uÅ_Á9$# $yJx. |=ÏGä. n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)­Gs? ÇÊÑÌÈ

Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.

Ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah s.w.t dan mengutamakan keredhaan‐Nya.

Walau bagaimanapun tidak dinafikan segala syariat yang diwajibkan ke atas kita mempunyai banyak hikmahnya. Kerana Allah Maha Mengetahui keperluan rohani, jasmani dan spiritual hamba-hamba yang diciptakan-Nya.

Banyak kajian saintifik telah berjaya membuktikan pentingnya puasa untuk meningkatkan kualiti kesihatan hidup seorang manusia secara bologinya. Antara 5 kelebihan berpuasa yang perlu saya keutarakan di sini adalah:
  • Dengan berpuasa akan menyihatkan tubuh badan kerana dengan berpuasa akan menurunkan tekanan darah, menurunkan kandungan lemak dan gula dalam darah.
  • Badan boleh melakukan penyingkiran kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh dengan lebih efisen ketika berpuasa.
  • Puasa juga boleh meremajakan sel-sel tubuh badan kita dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru oleh itu dengan berpuasa sebenarnya kita akan menjadi awet muda dengan menjadikan kulit kita sihat, segar, lembut dan berseri.
  • Berpuasa boleh memperbaiki fungsi hormone dan secara tak langsung dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi.
  • Dengan berpuasa juga akan menajamkan fungsi otak di mana ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

                              Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi dan puasa akan menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh. 

Para penonton yang dikasihi Allah sekelian, Oleh itu marilah kita sama-sama melaksanakan ibadah puasa ini dengan rasa penuh ketaqwaan mengharapkan pengampunan dosa dariNya seterusnya mengembalikan tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan ibadah dengan lebih baik dan efektif untuk masa-masa yang mendatang.

Kekal Aktif Dan Bertenaga Sepanjang Ramadhan


Ramadhan adalah anugerah yang Allah kurniakan pada hamba-hambaNya. Yang mana hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Ramadan bulan untuk kita mentarbiah fikriah, jasadiah serta ruhiah dengan memastikan niat yang betul melaksanakan ibadat puasa dan pada masa sama mengambil kesempatan diberi Allah menggandakan ibadat sunat bagi merebut ganjaran dijanjikan. 

Hadith riwayat alBaghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi yang beremaksud:

“Satu kebajikan dibalas dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untukKu, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”

Banyak kajian saintifik telah dibuat berkaitan kebaikan berpuasa. Dengan itu tidak seharusnya puasa menyebabkan kita jadi letih dan lesu seandainya kita mengikut peraturan segala perkara wajib dan sunat ketika berpuasa. Oleh itu untuk kita kekal aktif dan bertenaga sepanjang Ramadhan:

1.   Dahulukan amalan dengan niat yang betul iaitu kita laksanakan puasa kerana perintah Allah SWT yang Maha Mengetahui segala hikmah disebaliknya. Ini secara tak langsung meletakkan minda kita kepada matlamat berpuasa dan menyerahkan segalanya kepada ketetapan Allah. Secara biologinya segala struktur badan kita akan bertindak mengikut niat kita tersebut.

2.   Bersahur dan disunatkan juga ke atas kita melewatkan sahur walaupun dengan beberapa biji kurma dan seteguk air. Nabi bersabda, “Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat Bukhari)


3.   Banyakkan beribadah dan membaca Quran dengan bersungguh dan istiqamah. Dengan bacaan al-Quran akan meningkatkan daya ingatan di samping ketenangan jiwa. Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan, “Jibrail menemui Nabi pada setiap malam Ramadan untuk bertadarus al-Quran, dan Rasulullah ketika itu lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat daripada angin yang berhembus.” (Riwayat Bukhari)

4.   Banyakkan solat sunat. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar secara puratanya 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain. Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdur Rahman, sesungguhnya dia telah bertanya kepada Aisyah, “Bagaimana salat malam Rasulullah di bulan Ramadan? Aisyah menjawab, “Rasulullah tidak pernah melakukan salat malam lebih daripada sebelas rakaat baik di bulan Ramadan ataupun di bulan-bulan yang lain…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

5.  Segera berbuka dan makan dengan kadar yang sederhana tidak berlebihan. Daripada Anas bin Malik meriwayatkan, “Rasulullah berbuka dengan memakan beberapa ruthaab (iaitu kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada kurma basah maka baginda berbuka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.” (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)Keletihan dan kelesuan kita berpuasa adalah disebabkan makanan yang diambil secara berlebihan dan mengikut hawa nafsu yang mana akan menyebabkan badan akan teruk memproses makanan dan ini yang menyebabkan kita mengantuk, letih dan lesu.

6.   Hindar daripada makan dan minum makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan berkafein. Kerana gula dalam makanan adalah gula ringkas dan kafein akan mempercepatkan kadar matabolisme badan kita dan kita akan cepat berasa lapar, penat dan lesu.

Al Baqarah (168).  Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Al-A’raf (31).  Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

Keletihan dan kelesuan kadang-kadang adalah berpunca daripada kawalan minda/psikologi kita sendiri juga tabiat pemakanan yang tidak baik oleh kita. Oleh itu hadapilah Ramdhan ini dengan penuh ketaqwaan, keikhlasan dan penyerahan yang total kepada Allah SWT. Insya Allah kita akan kekal terus bertenaga di sepanjang Ramadhan.

Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadhan


Apa yang patut dimakan semasa bulan Ramadan?

Pastikan mengambil diet secara sederhana dan seimbang daripada semua kumpulan makanan utama, cukup kandungan karbohidrat (Roti, Bijiran), protein (ikan, ayam susu dan produk tenusu, daging) kacang dan kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pentingnya diet seimbang ini untuk memperbaiki profil kolesterol darah, mengurangkan keadaan asid dalam perut, mengelakkan sembelit dan masalah pencernaan yang lain, serta menyumbang kepada cara hidup yang aktif dan sihat.

Makanan Ketika Bersahur

Memandangkan jangka masa berpuasa yang agak panjang, kita perlu mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan (seperti nasi, kekacang, gandum, mee: karbohidrat kompleks) yang dapat bertahan selama 8 jam, termasuklah makanan yang mengandungi serat (kurma, buah tin, sayur-sayuran spt bayam, pucuk ubi dll, oat)  berbanding dengan makanan yang cepat dihadamkan seperti kuih muih, cordial dll. Pengambilan makanan cepat hadam secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan. Sebaik-baiknya elakkan:

  1. Makanan goreng dan tinggi lemak kerana boleh menjejaskan penghadaman, menyebabkan pedih ulu hati dan masalah berat badan.
  2. Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula seperti karbohidrat ringkas khasnya ketika sahur boleh meningkatkan paras insulin lalu menurunkan paras gula dalam darah.
  3. Pengambilan makanan secara berlebihan.
  4. Minuman yang berkafein kerana kafein seperti teh, kopi, Nescafe dll kerana kafein akan meningkatkan metabolisme badan ini menyebabkan kita akan berasa cepat lapar.

Makan dan minum ketika berbuka puasa
1.      Segerakan berbuka
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:
Manusia akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
2.      Sebaiknya mula dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan, diikuti dengan makanan berat secara sederhana dan kemudiannya snek (seperti buah-buahan pisang, betik, tembikai, kurma dll) secara berkala.
Melihat kepada amalan Rasulullah SAW, Sebagaimana Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata yang bermaksud:
 “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasanya berbuka dengan rothb (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika tidak ada rothb, maka baginda berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air.” (HR. Abu Daud dan Ahmad, hasan sahih)

3.  Makan secara sederhana tidak berlebihan dengan tidak mengikut nafsu lapar kita sepanjang berpuasa serta elakkan pengambilan makanan terproses secara berlebihan dan tingkatkan jumlah pengambilan fiber dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet.

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud:

 “Tidaklah seorang anak Adam mengisi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah bagi anak Adam beberapasuap untuk menegakkan tulang punggungnya, dan jika diaharus mengerjakannya maka hendaklah dia membagi sepertiga untuk mkanannya, sepertiga untuk minumannyadan sepertiga untuk nafasnya”

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Orang-orang mu’min makan dengan satu usus dan orang kafir makan dengan tujuh usus”. (HR Bukhari dan Muslim)

Akhir kata semoga kita dapat melaksanakan ibadah puasa kita pada Ramadhan ini dengan baik untuk mempertingkatkan ketaqwaan kita pada Allah SWT