Seorang ibu adalah madrasah,
Apabila engkau mempersiapkannya,
Bererti telah menyiapkan generasi muda,
Yang baik dan gagah berani,
Seorang ibu adalah guru pertama dari semua guru pertama,
Yang pengaruhnya menyentuh jagat raya.
Sejarah telah mencatat dua lelaki dari kalangan kaum Umayyah. salah seorang dikenali akan kecerdasan, kebijaksanaan dan ketegasannya manakala seorang lagi dikenali dengan keadilan, kebaikan, kesalihan dan ketaqwaannya. Keduanya adalah hasil didikan wanita yang agung. Orang pertama ialah Abdul Malik bin Marwan, ibunya adalah Aisyah binti Mughirah bin Al-Ash bin Umayyah yang terkenal dengan keperibadiannya yang kuat dan keinginan yang kuat dan otaknya yang cerdas.
Dan seorang lagi ialah Umar bin Abdul Aziz. Ibunya adalah isteri kepada Ashim bin Umar bin Al-Khatab yang merupakan wanita termulia saat itu dan mempunyai sifat terpuji, keibuan, taat beribadah dan sangat bertakwa yang telah diambil oleh Saidina Umar sebagai menantu untuk puteranya setelah beliau melihat kejujuran dan keistimewaan pada dirinya pada saat di mana wanita itu telah menolak perintah ibunya mencampurkan susu degan air untuk dijual kerana dia yakin bahawa Allah melihatnya.