Sejarah telahpun membuktikan
Bangsa Melayu ketika dulu
Gagah di segenap Nusantara
Kita adalah pemimpin agama, bangsa dan negara
Kita kaya raya, harta melimpah ruah
Kuasai perdagangan seantario dunia
Namun kini
Bumi milik kita dipijak orang
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Maruah dan peribadi sudah hilang
Jatidiri entah kemana
Kita hanya tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Sesungguhnya
Kita sudah tiada masa
Maruah bangsa perlu dibela
Jati diri perlu diperkasa
Mengikut landasan agama
Mengikut landasan agama
Segalanya bermula dalam sebuah keluarga
Ayuh bangsaku
Janganlah terlalai teruskan usaha
Sama-samalah kita ke Konvensyen Keluarga
Membudayakan Perencanaan Dalam Keluarga Melayu Muslim temanya
Dengan keazaman yang tekad
Hadir dengan semangat waja
Kembali dengan ilmu di dada
Merangka strategi menetapkan agenda
Membentuk jatidiri keluarga
Majulah dengan Gagah Perkasa
Kelak Melayu kan gagah di Nusantara
KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM 2011
dengan barisan pembentang kertas kerja yang tersohor dan berpengalaman seperti
Ustaz Abdullah Zaik
Prof. Dr. Sidek Baba
Prof. Dr. Badrulhisham Abdul Aziz
Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamaruddin
Dato' Zainul Rijal Abu Bakar
Ustazah Norsaleha Mohd Salleh
bersama moderator forum Ustazah Sabariah Salleh
Akan membincangkan
Masalah semasa di kalangan keluarga Melayu Muslim
Agenda dan hala tuju sebuah keluarga Melayu Muslim
Tip-tip melahirkan keluarga yang berjati diri tinggi: Peranan bapa dan pendidikan anak-anak
Paparan keluarga contoh daripada sirah Rasulullah dan para sahabat
Dan lain-alain lagi
Tarikh: 9 Julai 2011 (8AM-5PM)
Tempat: Dewan Auditorium D8, Parcel D, Presint 1, Putra Jaya
Ayuh....jangan lepaskan peluang ini.
Daftarlah diri anda ke KONVENSYEN ini
Yuran hanya RM10
Tempat sangat terhad.
Siapa cepat dia dapat.
Maklumat lanjut hubungi
Pn. Rasyidah Arshad 019-2676704
info@konvensyenkeluarga.net atau layari http:// konvensyenkeluarga.net/
ANJURAN: ISMA, JAKIM dan PEMBINA