Apa yang patut dimakan semasa bulan
Ramadan?
Pastikan mengambil diet secara
sederhana dan seimbang daripada semua kumpulan makanan utama, cukup kandungan
karbohidrat (Roti, Bijiran), protein (ikan, ayam susu dan produk tenusu,
daging) kacang dan kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pentingnya diet
seimbang ini untuk memperbaiki profil kolesterol darah, mengurangkan keadaan
asid dalam perut, mengelakkan sembelit dan masalah pencernaan yang lain, serta
menyumbang kepada cara hidup yang aktif dan sihat.
Makanan Ketika Bersahur
Memandangkan jangka masa berpuasa yang
agak panjang, kita perlu mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan
(seperti nasi, kekacang, gandum, mee: karbohidrat kompleks) yang dapat bertahan
selama 8 jam, termasuklah makanan yang mengandungi serat (kurma, buah tin,
sayur-sayuran spt bayam, pucuk ubi dll, oat) berbanding dengan makanan yang cepat
dihadamkan seperti kuih muih, cordial dll. Pengambilan makanan cepat hadam secara
berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas
makan. Sebaik-baiknya elakkan:
- Makanan goreng dan tinggi lemak kerana boleh menjejaskan penghadaman, menyebabkan pedih ulu hati dan masalah berat badan.
- Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula seperti karbohidrat ringkas khasnya ketika sahur boleh meningkatkan paras insulin lalu menurunkan paras gula dalam darah.
- Pengambilan makanan secara berlebihan.
- Minuman yang berkafein kerana kafein seperti teh, kopi, Nescafe dll kerana kafein akan meningkatkan metabolisme badan ini menyebabkan kita akan berasa cepat lapar.
Makan dan minum ketika berbuka puasa
1.
Segerakan
berbuka
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
yang bermaksud:
“Manusia akan senantiasa
berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
2.
Sebaiknya mula dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti
buah-buahan atau jus buah-buahan, diikuti dengan makanan berat secara sederhana
dan kemudiannya snek (seperti buah-buahan pisang, betik, tembikai, kurma dll) secara
berkala.
Melihat kepada amalan Rasulullah SAW, Sebagaimana
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata yang bermaksud:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
biasanya berbuka dengan rothb (kurma basah) sebelum menunaikan solat. Jika
tidak ada rothb, maka baginda berbuka dengan tamr (kurma kering). Dan jika
tidak ada yang demikian beliau berbuka dengan seteguk air.” (HR. Abu Daud
dan Ahmad, hasan sahih)
3. Makan secara sederhana tidak berlebihan dengan tidak mengikut nafsu lapar
kita sepanjang berpuasa serta elakkan pengambilan makanan terproses secara
berlebihan dan tingkatkan jumlah pengambilan fiber dengan mengambil buah-buahan
dan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah seorang
anak Adam mengisi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah bagi anak
Adam beberapasuap untuk menegakkan tulang punggungnya, dan jika diaharus
mengerjakannya maka hendaklah dia membagi sepertiga untuk mkanannya, sepertiga
untuk minumannyadan sepertiga untuk nafasnya”
Rasulullah
SAW juga bersabda:
“Orang-orang
mu’min makan dengan satu usus dan orang kafir makan dengan tujuh usus”. (HR
Bukhari dan Muslim)
Akhir kata semoga kita dapat melaksanakan ibadah
puasa kita pada Ramadhan ini dengan baik untuk mempertingkatkan ketaqwaan kita
pada Allah SWT