Thursday, November 22, 2012

Kepentingan Puasa Untuk Kesihatan


Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:

$ygƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãP$uÅ_Á9$# $yJx. |=ÏGä. n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)­Gs? ÇÊÑÌÈ

Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.

Ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah s.w.t dan mengutamakan keredhaan‐Nya.

Walau bagaimanapun tidak dinafikan segala syariat yang diwajibkan ke atas kita mempunyai banyak hikmahnya. Kerana Allah Maha Mengetahui keperluan rohani, jasmani dan spiritual hamba-hamba yang diciptakan-Nya.

Banyak kajian saintifik telah berjaya membuktikan pentingnya puasa untuk meningkatkan kualiti kesihatan hidup seorang manusia secara bologinya. Antara 5 kelebihan berpuasa yang perlu saya keutarakan di sini adalah:
  • Dengan berpuasa akan menyihatkan tubuh badan kerana dengan berpuasa akan menurunkan tekanan darah, menurunkan kandungan lemak dan gula dalam darah.
  • Badan boleh melakukan penyingkiran kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh dengan lebih efisen ketika berpuasa.
  • Puasa juga boleh meremajakan sel-sel tubuh badan kita dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru oleh itu dengan berpuasa sebenarnya kita akan menjadi awet muda dengan menjadikan kulit kita sihat, segar, lembut dan berseri.
  • Berpuasa boleh memperbaiki fungsi hormone dan secara tak langsung dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi.
  • Dengan berpuasa juga akan menajamkan fungsi otak di mana ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

                              Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi dan puasa akan menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh. 

Para penonton yang dikasihi Allah sekelian, Oleh itu marilah kita sama-sama melaksanakan ibadah puasa ini dengan rasa penuh ketaqwaan mengharapkan pengampunan dosa dariNya seterusnya mengembalikan tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan ibadah dengan lebih baik dan efektif untuk masa-masa yang mendatang.