Ramadhan adalah anugerah yang Allah
kurniakan pada hamba-hambaNya. Yang mana hanya Allah yang Maha Mengetahui
segalanya. Ramadan bulan untuk
kita mentarbiah fikriah, jasadiah serta ruhiah dengan memastikan niat yang
betul melaksanakan ibadat puasa dan pada masa sama mengambil kesempatan diberi
Allah menggandakan ibadat sunat bagi merebut ganjaran dijanjikan.
Hadith
riwayat al‐Baghawi
dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi yang
beremaksud:
“Satu kebajikan dibalas dengan
sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan
mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa
sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata
pedang”
Banyak kajian saintifik telah dibuat berkaitan kebaikan
berpuasa. Dengan itu tidak seharusnya puasa menyebabkan kita jadi letih dan
lesu seandainya kita mengikut peraturan segala perkara wajib dan sunat ketika berpuasa.
Oleh itu untuk kita kekal aktif dan bertenaga sepanjang Ramadhan:
1. Dahulukan amalan dengan niat yang betul iaitu kita
laksanakan puasa kerana perintah Allah SWT yang Maha Mengetahui segala hikmah
disebaliknya. Ini secara tak langsung meletakkan minda kita kepada matlamat
berpuasa dan menyerahkan segalanya kepada ketetapan Allah. Secara biologinya
segala struktur badan kita akan bertindak mengikut niat kita tersebut.
2. Bersahur dan disunatkan juga ke atas kita melewatkan sahur
walaupun dengan beberapa biji kurma dan seteguk air. Nabi
bersabda, “Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”
(Riwayat Bukhari)
3. Banyakkan beribadah dan membaca Quran dengan bersungguh
dan istiqamah. Dengan bacaan al-Quran akan meningkatkan daya ingatan
di samping ketenangan jiwa. Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan, “Jibrail
menemui Nabi pada setiap malam Ramadan untuk bertadarus al-Quran, dan
Rasulullah ketika itu lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat daripada
angin yang berhembus.” (Riwayat Bukhari)
4. Banyakkan solat sunat. Solat
tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar secara puratanya 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan
tulang, otot, sendi dan lain-lain. Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdur
Rahman, sesungguhnya dia telah bertanya kepada Aisyah, “Bagaimana salat malam
Rasulullah di bulan Ramadan? Aisyah menjawab, “Rasulullah tidak pernah
melakukan salat malam lebih daripada sebelas rakaat baik di bulan Ramadan
ataupun di bulan-bulan yang lain…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Segera berbuka dan makan dengan kadar yang sederhana tidak
berlebihan. Daripada Anas bin Malik meriwayatkan, “Rasulullah berbuka
dengan memakan beberapa ruthaab (iaitu kurma basah) sebelum solat, kalau tidak
ada kurma basah maka baginda berbuka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka
dengan meneguk air beberapa teguk.” (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)Keletihan dan kelesuan kita berpuasa adalah disebabkan
makanan yang diambil secara berlebihan dan mengikut hawa nafsu yang mana akan
menyebabkan badan akan teruk memproses makanan dan ini yang menyebabkan kita
mengantuk, letih dan lesu.
6. Hindar daripada makan dan minum makanan dan minuman yang
mempunyai kandungan gula yang tinggi dan berkafein. Kerana gula dalam makanan
adalah gula ringkas dan kafein akan mempercepatkan kadar matabolisme badan kita
dan kita akan cepat berasa lapar, penat dan lesu.
Al Baqarah (168). Hai sekalian manusia, makanlah yang halal
lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang
nyata bagimu.
Al-A’raf (31). Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah
di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah
berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berlebih-lebihan.
Keletihan dan kelesuan
kadang-kadang adalah berpunca daripada kawalan minda/psikologi kita sendiri
juga tabiat pemakanan yang tidak baik oleh kita. Oleh itu hadapilah Ramdhan ini
dengan penuh ketaqwaan, keikhlasan dan penyerahan yang total kepada Allah SWT.
Insya Allah kita akan kekal terus bertenaga di sepanjang Ramadhan.