Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
$ygr'¯»t tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãP$uÅ_Á9$# $yJx. |=ÏGä. n?tã úïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)Gs? ÇÊÑÌÈ
Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu
supaya kamu bertaqwa.
Ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu
untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia
mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah s.w.t dan
mengutamakan keredhaan‐Nya.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan segala
syariat yang diwajibkan ke atas kita mempunyai banyak hikmahnya. Kerana Allah
Maha Mengetahui keperluan rohani, jasmani dan spiritual hamba-hamba yang
diciptakan-Nya.
Banyak kajian saintifik telah berjaya
membuktikan pentingnya puasa untuk meningkatkan kualiti kesihatan hidup seorang
manusia secara bologinya. Antara 5 kelebihan berpuasa yang perlu saya
keutarakan di sini adalah:
- Dengan berpuasa akan menyihatkan tubuh badan kerana dengan berpuasa akan menurunkan tekanan darah, menurunkan kandungan lemak dan gula dalam darah.
- Badan boleh melakukan penyingkiran kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh dengan lebih efisen ketika berpuasa.
- Puasa juga boleh meremajakan sel-sel tubuh badan kita dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru oleh itu dengan berpuasa sebenarnya kita akan menjadi awet muda dengan menjadikan kulit kita sihat, segar, lembut dan berseri.
- Berpuasa boleh memperbaiki fungsi hormone dan secara tak langsung dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi.
- Dengan berpuasa juga akan menajamkan fungsi otak di mana ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan
Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar
perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika
itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan
pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang
menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu,
menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat
“Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik
untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi dan puasa akan
menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh.
Para penonton yang
dikasihi Allah sekelian, Oleh itu marilah kita sama-sama melaksanakan ibadah
puasa ini dengan rasa penuh ketaqwaan mengharapkan pengampunan dosa dariNya
seterusnya mengembalikan tubuh badan yang sihat untuk melaksanakan ibadah
dengan lebih baik dan efektif untuk masa-masa yang mendatang.